- Alamat Nursery..
No14, Bangunan Kedai PKNNS, Kampung Simpang Durian, 72400 Jelebu, Negeri Sembilan
- GPS coordinate @ google maps or waze location sila copy paste >
3.1023280,102.2210330
====================
- Dibuka setiap hari 9 pagi hingga 7 pm termasuk Sabtu Dan Ahad
- Penghantaran ke seluruh negeri.
- Perhidmatan Pos Laju ke Semenanjung serta Sabah Sarawak pada setiap isnin..
- Perhidmatan penghantaran ke luar Negara disediakan
- Pembayaran utk pos laju serta booking deposit benih pokok buahbuahan boleh di bayar di atas nama..
CitaTani Nursery
Maybank acc..
5550 6911 6135
==================
** Senarai benih pokok **
Benih Anggur Seedless
Benih Asam Gelugur
Benih Asam Jawa King
Benih Avocado
Benih Avocado Kawin
Benih Pokok Ajaib
Benih Anggur Brazil
Benih Adenium
Benih Pokok Abiu
Benih Araucaria Heterophylla > pkk Lanskap
Benih Bacang
Benih Bucida Variegated > Pokok Doa Putih
Benih Bucida Molineti > Pokok Doa Hijau
Benih Bucida Merah
Benih Buah Keras
Benih Binjai
Benih Belinjau
Benih Buluh Madu
Benih Belimbing Madu
Benih Belimbing Buluh
Benih Belalai Gajah
Benih Pokok Berangan
Benih Cempedak CH 28
Benih Cempedak Durian
Benih Cempedak Champion
Benih Cempedak Nangka
Benih Ciku Siam
Benih Ciku Mega
Benih Ciku Subang
Benih Cengkih
Benih Ceri Terangganu
Benih Ceri Barbados
Benih Cermai
Benih Cermai Belanda
Benih Cempaka >bunga
Benih Drasena Draco >Pokok lanskap
Benih Duku
Benih Duku Langsat
Benih Dukong Kawin
Benih Delima Merah
Benih Durian Bantal Mas / Monthong
Benih Durian Monthong 5 kaki
Benih Durian Batang Mas
Benih Durian Batang Mas 5 kaki
Benih Durian Musang King
Benih Durian Musang King 3 kaki
Benih Durian Musang King 5 kaki
Benih Durian Duri Hitam
Benih Durian Duri Hitam 5 kaki
Benih Durian D 24
Benih Durian 101
Benih Durian 101 3 kaki
Benih Durian Tembaga
Benih Durian Udang Merah
Benih Durian Udang Merah 3 kaki
Benih Durian Kampung
Benih Durian Belanda
Benih Durian Belanda 7 kaki
Benih Epal Bidara
Benih Gajus
Benih Pokok Getah pelbagai klon
Benih Halia bara
Benih Jambu Susu
Benih Jambu Bertih
Benih Jambu Lohan
Benih Jambu Strawberry
Benih Jambu Batu Merah
Benih Jambu Madu Vietnam
Benih Jambu Madu Taiwan
Benih Jambu Madu Hijau Siam
Benih Jambu Batu Seedless
Benih Jambu Kristal
Benih Jarum 7 Bilah
Benih Bunga Jasmin
Benih Kelapa Matag F1
Benih Kelapa Matag F2
Benih Kelapa Pandan Siam Ori
Benih Kelapa Pandan Local
Benih Kelapa Sawit
Benih Kuinin kawin
Benih Kundang Madu kawin
Benih Kopi
BenihKari
Benih Kerdas
Benih Ketum
Benih Keladi Tikus
Benih Kedondong
Benih Kurma Hybrid Siam
Benih Kunyit Hitam
Benih Kelat Paya >Pokok lanskap
Benih Lada Hitam
Benih Lemba
Licuala Grandis > Pokok lanskap
Benih Lychee / Laici
Benih Limau Kasturi
Benih Limau Kasturi Batek
Benih Limau Nipis Seedless
Benih Limau Nipis
Benih Limau Nipis Seedless King
Benih Limau Madu
Benih Limau Kumkuat
Benih Limau Sunskist Vietnam
Benih Limau Madu Dekopon
Benih Limau Purut
Benih Limau Sunkist
Benih Limau Sunkist Vietnam
Benih Limau Sunkist Variegated
Bebih Limau Bali Isi Merah
Benih Limau Bali Isi puteh
Bebih Limau Tangan
Benih Lemon Australia
Benih Lemon Seedless
Benih Longan Ping Pong
Benih Longan Berlian
Benih Longan Lada
Benih LohanSung Podocarpus > Pokok Lanskap
Benih Loropetalum >Pokok Lanskap
Benih Mulberry
Benih Mata Ayam
Benih Mangga Benih Namdokmai
Benih Mangga Irvin
Mangga r2e2
Benih Mangga Siam King Madu
Benih Mangga Taiwan King
Benih Mangga Chokanan
Benih Mangga Harum Manis
Benih Mangga Mas Hitam
Benih Mangga Epal
Benih Mangga Kelapa
Benih Mangga Lemak Manis
Benih Mangga Gajah
Benih Markisa
Benih Matoa
Benih Moringa / Kelor
Benih Mentega
Benih Mengkudu
Benih Manggis Mesta
Benih Mas Cotek
Benih Misai Kucing
Benih Nangka Madu J33
Benih Nangka Mastura
Benih Nangka Madu Isi Merah
Benih Nona Siam Kawin
Benih Nam Nam / Katak Puru
Benih Pinang
Benih Putat
Benih Pulasan
Benih Petai Siam Hybrid
Benih Petai Hybrid 7 kaki
Benih Petai Padi Kawin
Benih Pecah Beling
Benih Rambai kawin
Benih Rerama Hijau dan Daun Rerama kering
Benih Rambutan Gading
Benih Rambutan Anak Sekolah
Benih Rambutan Jarum Mas
Benih Rambutan Gula Batu
Benih Rumput Beijing
Benih Rhapis Excelsa - Pokok Lanskap
Benih bunga Senduduk putih
Benih Sambung Nyawa
Benih Serai Kayu / Salam
Benih Serai Wangi
Benih Sentul kawin
Benih Sukun kawin
Benih Tebu Telur serta bekal
Tebu batang
Benih Tongkat Ali
Benih Tenggek Burung
Benih Tampoi kawin
Benih Zaiton
sila layari iklan kami di Facebook..Mudah.my serta laman web carian google..sila taip Cita Tani Nursery
Hubungi Zaidee di 013 261 1122.. whatsApp.. telegram atau sms..
Email @ atehspgdian@gmail.com
##################
GAJUS
GAJUS (Anacardium occidentale) adalah sejenis tumbuhan dari keluargaANACARDIACEAE yang dipercayai berasal dari Brazil dan boleh tumbuh dengan baik di Malaysia. Pokok Gajus atau di negeri-negeri pantai timur di panggil 'Ketereh' ini lazimnya ditanam dikeliling rumah untuk kegunaan sendiri. Ladang Gajus sebenarnya pernah di tanam secara komersial di Terengganu oleh Syarikat FIMA pada awal tahun 1980'an sebagai ladang Komersil di Kg Raja, Setiu dahulu yang saya pernah melawatnya. Kini tanaman gajus di Malaysia tidak begitu popular seperti dibeberapa negara pengeluar utama lain. Keluasan tanaman ini di Malaysia adalah 480 hektar pada tahun 2011 sepertimana dilaporkan oleh Jabatan Pertanian. Nama lain gajus adalah seperti Cashew Nut, Apple Cashew, Cajuana (English), Caju(Portugis), Buah Gajus, Ketereh (Malaysia)dan sebagainya. Pengeluaran buah gajus dunia pada 2010 daripada laporan Statistik FAO sebanyak 2.757 juta metrik tan. Negara pengeluar terbesar gajus dunia adalah Nigeria (650,000 mt/tahun) diikuti dengan India (613,000 mt/tahun) dan Ivory Coast (380,000 mt/tahun). Negara lain yang banyak menanam gajus adalah seperti Vietnam, Indonesia, Filipina, Brazil, Tanzania dan Benin. Dari segi produktiviti, negara Peru dilaporkan sebagai paling tinggi dengan 5.27 mt sehektar sedangkan purata pengeluaran adalah sekitar 1.9 mt/hektar.
Pokok Gajus adalah jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan sistem bercabang yang merimbun dengan ketinggian mencecah sehingga 12 meter (30 kaki). Apa yang saya perhatikan, sistem percabangan pokok gajus tidak menentu dan tidak sekata. Pokok gajus mudah tumbuh di kawasan yang kurang subur dan mampu bertahan dalam keadaan kering. Daun berwarna hijau dengan susnan 'spiral' berbentuk dari bentik 'epiliptic' sehingga kepada bentuk 'ovate'. Lai daun didapati agak tebal serta mempunyai susunan bersilang berukuran 4 - 22 cm panjang dan 2 - 15 cm lebar. Di negara kita saya dapati pucuk daun gajus muda berwarna ungu kemerahan serta digunakan sebagai ulam yang sangat di minati. Bunga Gajus keluar dihujung dahan atau pucuk dengan bentuk beberapa jambak (corymb) dan berwarna kemerahan dengan ukur sekitar 24 - 26 cm panjang. Batang pokok gajus adalah jenis kayu keras yang berkulit tebal berwarna coklat kelabu. Buah gajus 'berbentuk hati' dan mempunyai biji berada di luar buah. Dari segi saintifik, buah gajus sebenarnya dari kumpulan Buah Palsu (False fruit)atau juga dipanggil sebagai Buah Hiasan(Acessories fruits) kerana ia berada diluar daripada buah. Buah sebenar adalah berbentuk oval atau 'pear shape' yang digelar sebagai 'hypocarpium'. Bahagian ini adalah lembut berwarna kuning atau kemerahan dan berjus (juicy) dengan rasa manis serta boleh dimakan. Bijinya juga berbentuk hati yang juga mempunyai pasaran tinggi untuk di jadikan makanan ringan.
Biji Gajus mberbentuk 'hati' atau ada juga kata berbentuk 'sarung tangan tinju' dengan terletak pada hujung luar buah gajus. Satu biji buah hanya mempunyai satu biji sahaja. Biji ini diselaputi satu lapisan kulit berwarna coklat yang nipis. Sebenarnya biji gajus ini juga adalah diklasifikasikan sebagai bijibenih (seeds). Biji gajus juga merupakan bahagian paling berguna iaitu sebagai makanan ringan (snack) yang boleh di proses sehingga kering dengan rasa asli, perasa garam,coklat atau masin-manis. Biji gajus mengandungi 54% lemak dan minyak termasuk lemak tepu (18%0, Lemak Tidak tepu (16%) dan Asid Stearic (7%). Kandungan tenaga sebanyak 2,3-4 Kjoule setiap 100 gm dengan kandungan lain iaitu Protin (18.2 g), Lemak (43.5 g), Karbohiderat (35.1 g) dan Serat (3.3 g). Kandungan lain ialah Riboflavin - Vit B2 (0.06 mg), Thiamine - Vit B1 (0.42 mg), Vitamin C (0.5 mg) dan beberapa zat galian seperti Fe, Ca, Mg, Zn, Mn dan banyak lagi.
Penanaman gajus lazimnya menggunakanbiji benih dari kultivar terpilih. Kultivar atau varieti gajus tidak banyak di buat kajian lagi dinegara kita dan penulisan mengenai agronomi tanaman gajus agak kurang kerana tanaman ini bukan tanaman penting. Bagaimana pun di negara pengeluar utama mungkin banyak kajian dijalankan mengenai tanaman gajus. Apa yang saya rujuk dari bku, pertumbuhan pokok gajus adalah jenis pokok yang tumbuh dengan lambat dan perlahan. Kaedah penanaman adalah dengan menyediakan anak benih daripada biji bernas disemai didalam polibeg. Apabila anakbenih sedia untuk dialihkan keladang ia perlu mencapai saiz yang sesuai. Kaedah mudah menanam gajus secara tradisional adalah dengan meletakkan beberapa bijibenih gajus diletak dalam satu lubang dan apabila anak benih tumbuh baru di buang yang kurang subur. Ada juga kaedah pembiakan tanaman gajus dengan menggunakan 'grafting', 'air layering' dan juga 'inarching' dijalankan. Mengubah anak benih semaian pokok gajus juga tidak begitu mudah kejayaannya. Jarak tanaman di syorkan adalah 10m x 10m pada peringkat awal dimana lazimnya kemudian dijarakkan kepada 20 m x 20 m selepas berumur 10 tahun. Kepadatan pokok sebanyak 250 pokok sehektar.
Pokok Gajus lazimnya tidak memerlukan penjagaan yang rumit untuk pertumbuhan. Bagi tanaman gajus, adalah digalakan penanamann selingan dengan tanaman kontan seperti pisang, kacang tanah, sayur-sayuran, jagung dan sebagainya untuk menambah pendapatan sementara pokok gajus membesar. Teknik cantasan pembentukan pokok gajus tidak sekata kerana bentuk percabangan adalah tidak seragam. Buang mana-mana dahan yang kurang sesuai, berpenyakit dan tidak subur. Pembajaan dan kawalan musuh dan perosak dijalankan bersama penjagaan tanaman selingan. Bagi tanaman gajus di kawasan tanah Bris, ia memerlukan pembajaan tambahan dengan baja organik untuk meningkatkan kesuburan kerana tanah bris sangat kurang mengandungi baja organik. Pokok gajus agak tahan kepada keadaan kemarau atau hujan berlebihan jika telah matang.
Pokok Gajus akan mula berbuah selepas 3 tahun penanaman jika dijaga dengan baik. Pada masa sama dahan di bahagian bawah pokok perlu dibuang dan buah boleh di kutip. Anak pokok atau 'suckers' yang tumbuh di keliling pokok juga perlu di takai. Penghasilan akan menjadi optima pada pokok berumur 10 tahun sehingga pokok berumur 30 tahun jika di uruskan dengan baik (BukanTanam-Tinggal-Tuai). Bunga gajus lazimnya aktif keluar pada cuaca atau musim panas dan selalunya buah akan matang secara berperingkat-peringkat sepanjang tahun. Dibeberapa negara pengeluar utama tanaman gajus seperti di Nigeria dan India, penanaman gajus di jalankan dengan pengurusan dan penjagaan agronomi yang baik.
Kajian menunjukkan daripada berbunga sehingga buah masak perlukan masa 3 bulan. Buah yang masak akan jatuh ketanah(Bahagian 'apple') akan jadi kering dan bijinya tersembul. Buah yang jatuh akan dikutip dan diasingkan bijinya dan diproses. Jika buah belum cukup matang dan di petik untuk ambil bijinya agak liat dan sukar walaupun menggunakan mesin mekanikal. Biji akan dibuang kulit dan di goreng (tanpa minyak - roasted) sebelum di gredkan dan diberi perisa seperti garam. Biji yang siap diproses di masukan dalam plasitk kedaop udara (Vacuum packed) untuk menjamin kualitinya.
Laporan di negara pengeluar utama gajus dunia sperti di Tanzania, India, Mozambique, Kenya dan Sri Lanka mendapati potensi hasil dicapai antara 800 - 1,000 kh sehektar biji gajus. Kaedah pembajaan yang diurus dengan baik mampu meningkatkan hasil kepada 1,600 kg sehektar seperti dkjalankan di India dan Tanzania. Pokok yang menghasilkan buah yang banyak lazimnya memberikan biji gajus bersaiz kecil dan agak rendah kualitinya. Laporan kajian di Brazil pula menunjukkan potensi penghasilan sebanyak 17.8 kg sepokok dapat di tingkatkan kepada 48.7 kg sepokok dengan aplikasi baja yang betul dan pengurusan tanaman yang sempurna.
Kegunaan biji gajus memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Harga pasaran biji gajus juga agak tinggi iaitu USD 0.33 satu kilogram dan satu paket 100 gram di Langkawi dijual RM 10.00 atau (RM 100/kg). Satu yang unik di Malaysia mengenai tanaman gajus adalah aktiviti memakan pucuk daun muda gajus untuk djadikan sebagai 'Ulam Pucuk Gajus' yang dimakan dengan nasi dan sambal belacan (Foto kiri). Pucuk muda ini dituai secara manual dengan memotongnya dengan tangan secara manual. Daun gajus perlu dibasuh dan diikat untuk dijual atau dimakan terus. Saya dapati memang sedap dan menyelerakan ulam pucuk gajus yang dimakan bersama nasi putih dan dicecah dengan sambal belacan. Kajian dipasar tani dan pasar malam mendapati 2-3 ikat pucuk hajus dijual RM 1.00 - RM 1.50 seikat. Sebaiknya kita tanam sendiri pokok gajus dalam kawasan rumah (jika ada tanah) untuk diambil pucuknya bagi dijadikan ulam. Kayu dari pokok gajus juga digunakan di kampung sebagai bahan kayu api untuk masak dan juga bileh diproses untuk dijadikan perabut menarik dan sebagainya. Ada juga produk gajus dibuat alkohol seperti yang dijalankan di India untuk kegunaan penduduk tempatan. Tanaman gajus memang tanaman yang masih ada potensi untuk di tanam di negara kita jika betul-betul ingin melihat tumbuhan ini di menafaatkan.
No comments:
Post a Comment